2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Harini cukuplah seminggu usia bagi tahun 2011 Masihi bersamaan 2 Safar 1432 Hijriyyah. Dan rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Happy New Year! kepada kawan-kawan semua. Bersempena dengan itu juga blog ini ingin membuat penjenamaan semula, iaitu sebelum ini yang dikenali sebagai ' The Life Told To You ' ditukar kepada ' Khabar Gembira : Hidup Matiku kerana ALLAH Taa'la ' berkuatkuasa serta merta.

Seharusnya 2010 yang berlalu pergi meninggalkan kita dijadikan pemangkin semangat untuk kita terus gigih berusaha dan melipat-gandakan keringat serta memerah idea untuk mencapai kecemerlangan pada 2011. Pastinya setiap kali menjelang tahun baru, persoalan mengenai azam mahupon sasaran matlamat menjadi tanda tanya. Jadi apakah azam yang ingin dicapai tahun ini? Tak lain tak bukan, secara umumnya mengharapkan 2011 adalah sebagai langkah permulaan untuk bergelar manusia cemerlang. Aminn..
Selanjutnya merangka semula strategi bagi meneruskan Azam2010 yang maseh belum tertunai. Do'a dan sokongan daripada anda terutama yang berada disekeliling amatlah ditagih. Sudah tentu 2010 banyak meninggalkan kenangan suka duka baik yang pahit mahupon yang manis.

Antara yang tercatat dalam lipatan sejarah 2010 adalah kejadian gempa di Iceland yang menggemparkan kebanyakkan negara-negara Eropah. Turut terselit rapi di ingatan adalah tanggal 31-Mei dimana tragedi serangan Israel terhadap kapal Mavi Marmara (konvoi aktivis kemanusiaan)

Comments :

0 comments to “2011”

Post a Comment